Puisi-puisi Pof Dr Awang Sariyan – Johor

Aduhai Desaku!

Aduhai desaku!
Kurindui dikau tanah leluhurku
andainya dapat kuputar jalan hidupku
sedia aku kembali ke dakapanmu.

Aduhai desaku!
gelisah dan resah jiwaku
setiap kali pulang melepaskan rindu
aku menjadi kelu dan keliru
melihat kian kurang
anak-anal dihantar mengaji
menggali yang fardu
bertalaqi dan beramali bersama guru
menguasai tulis baca Jawi wasilah risalah.

Aku menjadi gelisah dan resah
menyaksikan malam yang syahdu
tiada lagi suara merdu
anak-anak dipandu guru
a i u, ba bi bu, ta tit u, that hi thu
mengenal fathah, kathrah dan dhammah
tanwin dan sukun serta sabdu
daripada mukaddam kepada mushaf sempurna.

Rumah Allah kian sepi
meskipun seruan muazzin kian meninggi
namun jemaah yang hadir terhitung dek jari.

Aku sering bertanya sendiri
pertanda apakah semua ini
apabila kegiatan mengaji berganti ketagihan menonton tv
‘sekolah petang’ pembekal ilmu tanzil tidak meriah lagi
rumah Allah sudah kian kurang dikunjungi
Sudah majukah dikau wahai desaku?
Sudah modenkah dkau wahai desaku?
Aduhai desaku!

Beijing, 12 Desember 2010/12.45 pagi

Apabila Bila-bila

Apabila bila-bila
akal tidak dijaga
kita bisa jadi gila.

Apabila bila-bila
rasa merajalela
kita bisa gila kuasa.

Apabila bila-bila
harta jadi utama
kita bisa jadi fana.

Apabila bila-bila
usia sia-sia
kita bisa hilang redha.

Apabila bila-bila
ikhlas hampa di jiwa
kita bisa jadi riak.

Apabila bila-bila
amanah diperkuda
kita bisa jadi pendaya.

Apabila bila-bila
yang berhak tidak dibela
kita bisa menerima bala.

Apabila bila-bila
keyakinan telah sirna
kita bisa hilang kuasa.

Apabila bila-bila
hubuddunya bersarang di kepala
Tuhan sentiasa yang kedua.

Apabila bila-bila
sampai bila-bila
demikian lakunya kita
tunggulah kehancuran tanpa tunda.

Beijing, 15 Desember 2010/8.20 malam

Teruskan Bicaramu

Teruskan bicaramu
dengan angin
dengan pohon
dengan batu
dengan tanah
dengan debu
dengan pasir
dengan segala di mayapada
untuk mencari makna
yang tersirat di balik segalanya
kerana di balik segala itu
terakam rahsia kekuasaan dan kebesaran-Nya.

Teruskan bicaramu
dengan bahasa alam
meskipun sukar ditanggap akal
kerana bicara luhurmu dengan alam
bisa menajamkan akal
bisa meningkatkan sedar
bisa mengajarmu pasrah
bisa membantumu menghilangkan resah.

Teruskan bicaramu
dengan segala isi alam
berkongsi tasbih siang dan malam
kepada perencana yang qidam
biarpun engkau tunduk dan diam
itu lebih membahagiakan
daripada simpang-siur kata yang kejam
darpiada bicara bani Adam
yang kian berbalam-balam.

Teruskan bicaramu
aku tetap menunggu tafsir dan takwil
daripada erti bahasa alammu.

25 Mei 2011

——————–
Awang Saiyan, adalah seorang professor yang lahir pada 20 Oktober 1953 di Pontian, Johor. Lulusan Sarjada Muda Persuratan dengan Kepujian dan Diplopa Pendidikan (1977) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Sarjana Sastra (1984) serta Doktor Falsafah (1998). Prof Dr Awang Sariyan merupakan orang pertama yang terjun mengajarkan bahasa Melayu Malaysia di China yang berpangkalan di Foreign Studies Unniversity, Beijing (Januari 2008-Juli 2011). Dia menerima gelar professor kehormatan bidang bahasa dan kebudayaan dari kampus tersebut. Sebelumnya Awang adalah pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka di Univesrsiti Putra Malaysia dan Professor Bahasa di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Selain juga pernah menjadi tenaga akademik pada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. *

Baca : Puisi-Puisi Karya Penyair Syaukani Al Karim

*** Laman Puisi terbit setiap hari Minggu. Secara bergantian menaikkan puisi terjemahan, puisi kontemporer nusantara, puisi klasik, dan kembali ke puisi kontemporer dunia Melayu. Silakan mengirim puisi pribadi, serta puisi terjemahan dan klasik dengan menuliskan sumbernya ke email: [email protected] [redaksi]

Ikuti berita lamanriau.com di GoogleNews